PN terbuka bincang dengan UMNO - Utusan Malaysia

PN terbuka bincang dengan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka melakukan perbincangan dengan UMNO untuk bergabung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mendukung visi yang sama.

 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha itu adalah untuk memastikan kepimpinan Melayu dapat dikekalkan sekiranya PN memenangi PRU-15.

 

“UMNO tidak pernah ada dalam PN yang pada awal penubuhannya membabitkan Bersatu, Pas dan parti-parti kecil lain. Jadi, kita sarankan kerjasama untuk gabungan parti yang berasaskan kepimpinan dan perjuangan Melayu.

 

“Perbincangan ini untuk kita hadapi PRU dan menang dengan lebih besar. Ini bagi melestarikan kepimpinan Melayu itu sendiri.

 

“Kalau kita berpecah, PN, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bersama-sama, tidak ada parti yang majoriti untuk bentuk kerajaan pada PRU-15. Jadi, kena ada gabungan tetapi terpulanglah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Memorandum persefahaman (MoU) antara Syarikat Sersol Energy Sdn. Bhd., Aeroleum Sdn. Bhd. dan Silicon Designs (M) Sdn. Bhd. di Menara MSC Cyberport, di sini hari ini.

 

Mohd. Redzuan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berlangsung tanpa kehadiran wakil UMNO, semalam. 

 

Dalam mesyuarat itu, parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat bagi pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRU-15 di seluruh negara.

 

Mesyuarat tersebut dihadiri parti komponen PN iaitu Bersatu, Pas, Star Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah memberitahu, andai kata UMNO tetap enggan menyertai PN dalam PRU-15, Bersatu sedia untuk pertemuan tiga atau empat penjuru melawan parti tersebut di mana-mana kerusi ditandingi.

 

Ditanya mengenai pelantikan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu pertama parti itu, beliau menjelaskan, ia adalah satu perubahan parti ke arah menjadi parti berbilang kaum.

 

“Persaingan kita selepas ini mungkin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berbilang kaum. Jadi, ada baiknya, mungkin usaha ini mampu menarik bukan Melayu sertai Bersatu jika mereka rasa PKR tidak mampu memimpin mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya