Krisis politik tonjol kepentingan undang-undang antilompat - Utusan Malaysia

Krisis politik tonjol kepentingan undang-undang antilompat

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Krisis politik di Melaka menunjukkan betapa pentingnya undang-undang untuk membataskan melompat parti dan mengadakan pilihan raya pecat (recall election) yang sangat diperlukan di negara ini.

 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat wajar diberikan kesempatan memilih pemimpin yang selayaknya mewakili mereka dan seterusnya menentukan calon sebaiknya memimpin Kerajaan Negeri Melaka.

 

“Saya menyokong saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kemelut ini diselesaikan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN). 

 

“Kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara sudah membolehkan suatu pilihan raya diadakan segera. Tiada alasan lagi untuk menunda proses demokrasi apabila mandat rakyat terus dibelakangkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat ADUN yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka sebentar tadi.

 

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

 

Ini bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah tumbang kerana hilang sokongan majoriti. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN