Berbalah rebut kerusi perbuatan remeh - Rosol - Utusan Malaysia

Berbalah rebut kerusi perbuatan remeh – Rosol

ROSOL Wahid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Tindakan segelintir parti utama dalam kerajaan hari ini yang sanggup berbalah semata-mata untuk berebut kerusi dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai perbuatan remeh.

 

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, apa yang mustahak kini ialah ketiga-tiga parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO perlu bersatu-padu bagi memperkasakan bangsa serta agama.

 

“Bersatu-Pas-UMNO kesemuanya orang Melayu, jadi kalau kita berbalah tentang titik bengit, berebut kerusi atau sebab mahu jadi wakil rakyat, bagi saya, itu adalah perkara remeh, sedangkan, matlamat utama kita ialah perpaduan ummah.

 

“Kalau Melayu-Islam berpecah, saya yakin bangsa kita akan kalah tambahan pula dengan penubuhan parti baharu yang akan menyebabkan orang Melayu menjadi minoriti,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek penternakan kelulut di Kampung Machang, Ajil di sini hari ini. 

 

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu kekal dengan pendirian untuk menjadi penyatu kepada UMNO dan Bersatu bagi menghadapi PRU-15

 

Katanya, Pas menolak sebarang muafakat berpecah sekali gus teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) di samping mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Dalam pada itu, Rosol yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, rakyat sentiasa memerhati tindak-tanduk pemimpin dan mana-mana parti politik yang mewujudkan perpaduan di negara ini tentunya akan membawa kegembiraan kepada seluruh rakyat. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN