Kenderaan bawa menteri, timbalan menteri angkat sumpah memasuki Istana Negara - Utusan Malaysia

Kenderaan bawa menteri, timbalan menteri angkat sumpah memasuki Istana Negara

KENDERAAN membawa Menteri dan Timbalan Menteri beransur tiba di Pintu 2, Istana Negara. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa 31 menteri dan 38 timbalan menteri mula beransur-ansur memasuki Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini bagi istiadat mengangkat sumpah.

Turut tiba adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kenderaan dengan plat menteri serta timbalan menteri setakat pukul 2 petang.

Ketibaan itu dijadualkan bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia pada pukul 2.30 petang hari ini.

Terdahulu, pembentukan Kabinet baharu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos lalu.

Senarai ahli pentadbiran baharu itu adalah satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan ‘Keluarga Malaysia’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN