Ahmad Faizal beri komitmen perubahan kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal beri komitmen perubahan kerajaan baharu

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberikan komitmen untuk perubahan kerajaan negeri yang baharu setelah gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli DUN Perak dalam undi percaya terhadap beliau hari ini.

Menurutnya, beliau reda dengan keputusan yang telah dibuat oleh ahli dewan dalam persidangan DUN Perak hari ini.

“Saya terima (keputusan undi) dengan reda. Dalam waktu keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan Covid-19 ini, masalah politik tak perlu panjang-panjangkan.

“Saya memberikan komitmen untuk transisi kepada sebuah kerajaan yang baru. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan.

“Ia adalah satu penghormatan kepada saya kerana dapat berkhidmat kepada negeri yang saya sayangi ini,” katanya dalam siang DUN Perak hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan undangan negeri dalam undi usul percaya terhadap beliau hari ini.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya