PH yakin dapat mandat semula - Utusan Malaysia

PH yakin dapat mandat semula

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) yakin mendapat semula sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada April 2021.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, PH telah mengaktifkan Jawatankuasa Pilihan Raya sejak beberapa bulan lalu untuk meneliti beberapa perkara termasuk isu kerusi dan kempen dalam ‘norma baharu’.

“Insya-Allah kami bersedia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun katanya, selagi isu berkaitan vaksin Covid-19 belum dapat diselesaikan dengan sempurna, maka sukar untuk dijangka bila pandemik itu akan berakhir.

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, gerak kerja jentera parti itu sedang diperkemas dan diperkukuhkan.

“Saya sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya, kita sedang perkukuh jentera bagi lebih hebat dan sudah bersiap sedia, ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Covid-19 Parlimen Pasir Salak, di sini semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRU-15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Dalam pada itu kata Tajuddin, beliau akan memanggil UMNO Bahagian Gerik untuk mengadakan mesyuarat dan mendengar laporan daripada kepemimpinan bahagian itu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil Gerik 16 Januari tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×