UMNO cabul Muafakat Nasional jika sokong Anwar - Takiyudin - Utusan Malaysia

UMNO cabul Muafakat Nasional jika sokong Anwar – Takiyudin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jika benar khabar angin yang mengatakan beberapa ahli Parlimen UMNO beralih sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini bermakna, parti keramat Melayu itu sudah mencabuli persetujuan yang dimeterai di dalam gabungan politik Muafakat Nasional (MN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas. 

Justeru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berharap agar UMNO menjelaskan situasi sebenar sama ada parti itu benar-benar berlaku curang sehingga sanggup menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan seteru parti politiknya sejak sekian lama. 

“Pas merasakan jika benar keadaan ini, bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional sejak 14 September tahun lalu. 

“Hal ini kerana, piagawam MN dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu padukan umat Islam sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Anwar dalam sidang akhbar tergempar di sebuah hotel di ibu negara memberitahu, beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan namun tidak memberitahu jumlah terperinci mengenai sokongan yang diperoleh. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mendakwa beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). 

Spekulasi bertambah tegang apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau maklum berkenaan ada beberapa ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar namun tidak dapat menghalangnya. 

Bagaimanapun, parti-parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) menegaskan masih setia di bawah pimpinan Muhyiddin.

“Sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan bertujuan menjatuhkan kerajaan PN yang terbina di atas permuafakatan BN, Bersatu, Pas, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Pakatan Harapan (PH). 

ASYRAF WAJDI

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pimpinan Pas boleh mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut dalam sidang Mesyuarat Induk Muafakat Nasional yang diadakan secara tertutup minggu hadapan. 

Tambahnya, perkara penting yang perlu diutamakan sekarang ini adalah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung esok. 

“Fokus pilihan raya dulu. Insya-Allah…UMNO tidak pernah membelakangi Pas jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam piagam MN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya