Pas tak dapat kerusi di PRN Sabah bukan salah UMNO - Utusan Malaysia

Pas tak dapat kerusi di PRN Sabah bukan salah UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pihak menyalahkan UMNO apabila Pas tidak diberikan sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah sesuatu yang tidak betul.

Ini kerana, rundingan awal berlaku antara UMNO yang mewakili BN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Nasional (PN).

Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen.

 Dan disebabkan Pas adalah sebahagian daripada PN, kedudukan parti tersebut tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut

 “Kebanyakan kerusi yang diintai oleh Pas sebenarnya ditandingi oleh PPBM. Sebagai contohnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai yang asalnya kawasan tradisi BN, kini ditandingi parti tersebut. DUN ini adalah antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1200 undi pada PRU14,” demikian menurut penulis Abdul Rahim Hilmi Zakariya dalam catatan di Facebooknya.

 Alasan Pas tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik.

 Pas memperoleh lebih 13,000 undi popular pada PRU14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6,000 undi popular.

 Tetapi SAPP diberikan dua kerusi oleh PN

 “Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, Pas kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU14.

 “Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM.

 “Bayangkan sehingga ke saat akhir pun, parti tersebut sebenarnya masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. Mujurlah Bung lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi BN bagi mengelakkan pertelagahan lanjut.

“Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi wake up call kepada Pas tentang bagaimana mereka dilayan di dalam gabungan baru. Sedangkan berdasarkan kekuatan semasa, Pas adalah parti yang sepatutnya mengetuai PN sepertimana UMNO memandu BN.

“Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil Pas Sabah, maka Pas perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka di dalam Perikatan Nasional.

“Sebuah parti berpengalaman tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM. Saya serius,” katanya.

Pada masa sama, ramai pemimpin Pas kecewa ekoran mereka langsung tidak diberikan  kerusi pada PRN Sabah.

Berdasrakan luahan yang dibuat di media sosial, mereka rata-rata mereka kecewa kerana seolah-olah kehadiran parti itu dalam PN seperti tidak memberikan apa-apa makna.

“Dalam PRM Sabah kami minta kerusi, tetapi mereka beri tangga. Kami tanya tangga untuk apa? Mereka kata untuk pasang bendera,” demikian antara luah penyokong Pas. – Utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.