Pas bantu kempen calon PN di Sabah - Utusan Malaysia

Pas bantu kempen calon PN di Sabah

MUHAMMAD SANUSU MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas Pusat akan membantu kempen calon-calon dalam Perikatan Nasional (PN) yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 26 September ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, walaupun Pas tidak bertanding pada PRN Sabah, namun parti itu membuat keputusan akan membantu calon-calon dalam PN memenangi pilihan raya tersebut.  

“Pas mengarahkan jentera (parti) untuk bertugas seperti biasa, seolah-olah kita bertanding (PRN Sabah).

“Semangat setia kawan Pas sangat tinggi, susahlah nak cari kawan macam Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan Covid-19 daripada Pas Kedah di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Pada majlis itu, Muhammad Sanusi menyerahkan sumbangan tersebut sebanyak RM63,556 kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd. Asri Redha Abdul Rahman.

Pas Kedah melancarkan tabung bagi mengutip sumbangan tersebut pada sidang dalam talian sempena Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-66 yang berlangsung di Kota Bharu kelmarin.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menambah, Pas telah menghantar kumpulan pertama jentera pilihan raya dari Semenanjung sebelum hari penamaan calon.

Menurutnya, kumpulan kedua jentera tersebut akan dihantar dalam tempoh terdekat untuk membantu kempen calon-calon PN.

“Pas akan cuba sedaya upaya memenangkan calon PN pada PRN Sabah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.