Lelaki warga Myanmar dituduh bunuh rakan senegara

Lelaki warga Myanmar dituduh bunuh rakan senegara

Bunuh rakan senegara
MAUNG Maung dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan bunuh rakan senegaranya dekat Telok Gong, di Klang, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki warga Myanmar berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dituduh di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan membunuh rakan senegaranya dekat Kampung Tengah Telok Gong, Pelabuhan Klang, pada 5 Julai lalu.

Tertuduh, Maung Maung, 32, kemudian mengangguk faham selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Myanmar oleh jurubahasa.

Namun tiada pengakuan direkodkan sehingga ia disebut di Mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas lelaki bernama Myo Thang Naing, 31, dekat sebuah premis di Jalan Kampung Tengah antara pukul 9.30 hingga 10 malam.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara 30 hingga 40 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu juga hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohamad Rabiul Awal Ishak.

Majistret Nor Azilah Mat kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 15 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN