Lelaki dibebaskan pertuduhan kembali ke mahkamah

Lelaki dibebaskan pertuduhan kembali ke mahkamah

Kembali ke mahkamah
MOK Kum Loon (kiri) bertemu peguamnya di luar kamar Mahkamah Majistret selepas mendengar pertuduhan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya, di Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Baru sahaja dibebaskan atas pertuduhan bersubahat membunuh, seorang lelaki dihadapkan kembali ke mahkamah atas pertuduhan memeras seorang pemilik kedai Makan pada Mei lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mok Kum Loon, 41, mengaku bersalah selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dan didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja telah mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 25 tahun dengan niat hendak melakukan pemerasan di sebuah kedai makan di Lorong Senah Kawasan 18, di sini kira-kira pukul 4 petang pada 15 Julai lalu.

Justeru, bapa dua anak itu dituduh dibawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Peguam Lavin Thiruchelvam kemudian memohon hukuman minimum dikenakan kerana anak guamnya itu berkahwin dan mempunyai anak yang salah seorangnya merupakan penuntut di sebuah universiti.

“Kedua ibu bapanya juga mempunyai masala kesihatan. Tertuduh memohon maaf atas kesalahan dilakukan dan memohon hukuman denda agar dia dapat kembali kepada pangkuan masyarakat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sulfie Abu Hassan memohon agar hukuman yang mampu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Untuk rekod, Kum Loon sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Klang pada 24 April lalu daripada pertuduhan bersuhabat membunuh Chow Tiam Hee, 41, di Taman Anika, Sungai Udang, di sini.

Pembebasan Kum Loon bersama tiga lagi individu termasuk seorang jurubahasa bebas atas dakwaan membunuh dalam satu rompakan palsu yang didakwa berlaku di sekitar daerah ini, empat tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN