KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Jovian Mandagie gagal dalam permohonannya untuk menggantung dan mengetepikan perintah kebankrapan yang dikeluarkan terhadapnya selepas gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) RM5.28 juta termasuk faedah, tahun lalu. Peguam, Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili syarikat pembinaan kejuruteraan, Cekap Air Sdn. Bhd.; syarikat yang memberi pinjaman tersebut, turut memaklumkan mahkamah turut memerintahkan bekas menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu membayar kos sebanyak…









