GOMBAK: Seorang penceramah bebas dipenjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, selepas gagal membayar hutang perkahwinan bekas isteri keduanya berjumlah RM120,000. Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini, selain turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM3,000. Hakim Syarie Mohd Faizal Habib menjatuhkan hukuman itu selepas menolak kesemua alasan defendan, Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, yang gagal membayar hutang berkenaan sejak 2023. Hukuman dibuat berdasarkan Seksyen 179 Enakmen Tatacara…










