PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya bersalah semalam dengan proses berkenaan dijangka dibuat Isnin ini. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya telah menjangkakan keputusan tersebut dan bersedia membawa kes berkenaan ke peringkat Mahkamah Rayuan. “Jadi, memang benar, walaupun kami amat kecewa, kami tidak terkejut dengan keputusan tersebut kerana kami sememangnya telah menjangkakannya sejak awal lagi. “Saya menantikan kes ini…










