KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Tei Jiann Cheng atau lebih dikenali sebagai Albert Tei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini hari ini, atas empat pertuduhan rasuah berjumlah keseluruhan RM176,829.03 berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. Albert, 37, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin. Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memberikan suapan RM100,000 kepada bekas Setiausaha Politik…










