KOTA BHARU: Seorang lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kekasihnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Ketereh, dekat sini, Mei lalu. Tertuduh, Anamul Hassan Rahamatullah, 30-an, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun empat bulan ketika…










