SHAH ALAM: Seorang pemandu e-hailing terlepas hukuman gantung selepas pertuduhan membunuh anak kekasihnya berumur tiga tahun yang dihadapinya dipinda kepada membunuh tanpa niat di Mahkamah Tinggi hari ini. Pindaan itu selepas representasi dikemukakan terhadap pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diterima oleh pihak pendakwaan. Hakim Julia Ibrahim kemudiannya menjatuhi hukuman penjara 17 tahun bermula dari tangkap terhadap tertuduh, B. Jeetendraj, 31, yang mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah…