MELAKA: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberikan jagaan bayi perempuannya yang berusia tiga bulan 12 hari untuk mendapatkan wang RM2,000, bulan lalu. Hakim Rohatul Akmar Abdullah menangguhkan hukuman terhadap tertuduh ,Yan Chin Ding, 22, pada 14 Oktober ini bagi menunggu serahan fakta kes oleh pihak pendakwaan. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mengambil bahagian dalam transaksi yang tujuannya untuk memberikan jagaan anak…