Eksekutif bank didakwa terima rasuah RM4,000

Eksekutif bank didakwa terima rasuah RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang eksekutif bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM4,000 membabitkan pembiayaan permohonan pinjaman peribadi melebihi had kelayakan pada 2023.

Tertuduh, Ahmad Muqriz Ridzuan, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh sebagai eksekutif pembiayaan pengguna sebuah bank di Gombak telah secara rasuah menerima wang berjumlah masing-masing RM2,000 bagi setiap transaksi secara pindahan atas talian ke dalam akaun bank milik tertuduh daripada akaun bank milik seorang individu lelaki.

Ia sebagai suatu upah kerana telah membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan Syarikat CSA Academy Sdn. Bhd. yang membuat permohonan serupa di beberapa institusi kewangan lain secara serentak sehingga menyebabkan pelanggan tersebut mempunyai beberapa pinjaman peribadi melebihi had kelayakan.

Kesalahan itu dilakukan pada 7 Ogos dan 21 September 2023 di Maybank Islamic Berhad cawangan Seremban. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 November depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×