KLANG: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menasihatkan seorang pemuda mempertimbangkan hasrat menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasih hamilnya di Sabak Bernam, dua tahun lalu. Hakim Norliza Othman meminta tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, mengetahui terlebih dulu status representasi yang dikemukakan supaya diteliti terlebih dahulu oleh pihak pendakwaan termasuk sekiranya wujud pindaan pertuduhan atas kesalahan seksyen lain. “Fikir sedalam-dalamnya dan tidak semudah itu mahu mengaku salah…