KUALA LUMPUR: Bekas model yang didakwa memuat naik sijil pernikahan palsu bersama Tengku Mahkota Johor di akaun TikTok miliknya, hujung Februari lalu, layak dibicarakan di mahkamah. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham selepas menerima laporan perubatan psikiatri forensik tertuduh, Persana Avril Sollunda, 43. “Laporan perubatan psikiatri telah diterima. Berdasarkan laporan ini, tertuduh layak untuk dibicarakan di mahkamah,” katanya. Mendengar perkara itu, peguam bela, Jefvinder Singh berkata, pihaknya…








