SEREMBAN: Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM11,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan daging babi liar iaitu jenis Babi Bodoh dan dua burung serindit, lima tahun lalu. Hukuman itu diputuskan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas tertuduh Chau Thim Choy, 53 dan Ng Sui Ping, 52, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. Sekiranya gagal membayar denda, kedua-dua tertuduh boleh dipenjara selama dua bulan. Mengikut pertuduhan…