SEREMBAN: Seorang pekerja kopitiam warga tempatan dan empat lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan gas petroleum cecair (LPG) secara haram pada 22 Ogos lalu. Namun, dalam prosiding kes, tertuduh warga tempatan, Chong Ming Fei, 28, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan. Tiada pengakuan diambil daripada empat warga Myanmar, Mang Zaw, Aung, Naing dan Lin…