SHAH ALAM: Ibu kepada Allahyarham Shamsul Haris Shamsudin kesal apabila pasukan penyiasat kematian anaknya itu berterusan membantah permohonan yang dikemukakannya pada prosiding hujahan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, dia yakin terdapat kesan kecederaan lain pada badan arwah anaknya itu yang menimbulkan syak wasangka menyebabkannya memohon bedah siasat dilakukan sekali lagi. “Saya cuma nak tahu punca kematian sebenar sebab nampak tanda-tanda jenayah pada…