MELAKA: Seorang kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap bekas pengarah negeri jabatan itu, dua tahun lalu. Hakim Haderiah Siri membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah orang kena saman (OKS), Adi Ariff Ahmad, 51, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan aplikasi X melalui akaun ‘Senatorrr Antonio Samad’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu hantaran yang jelik sifatnya iaitu, “Pengarah FAMA Melaka ni nak kerja ke nak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya