Pemandu treler didakwa cuai, sebabkan kematian mangsa

Pemandu treler didakwa cuai, sebabkan kematian mangsa

SIVANATHAN dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi didakwa atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa seorang lelaki pada tahun lalu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki pada tahun lalu.

Tertuduh, K.Sivanathan, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu treler jenis Scania didapati dengan cuai memandu kenderaan tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 48 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 6.25 petang di Jalan Lombong Emas Kawasan Perindustrian Seremban pada 9 Mac 2024.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhmmad zul Azrin Zainuddin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lee Boon Shian memohon agar tertuduh dikenakan jaminan minima dengan alasan tertuduh sudah berkahwin yang mana pasangannya tidak bekerja dan menanggung dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3, 000 dan tertuduh telah membayar jaminan tersebut. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Jun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN