Muhammad Shafee bakal berdepan prosiding hina mahkamah

Muhammad Shafee bakal berdepan prosiding hina mahkamah

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bakal berdepan prosiding hina mahkamah susulan kenyataan yang dibuat pada 28 Mei lalu disifatkan sebagai mencemar maruah institusi kehakiman negara.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil selepas Muhammad Shafee secara terbuka menyamakan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai pendengaran ala ‘Nazi-Jerman’.

“Kenyataan tersebut, yang dibuat dalam konteks kes yang masih berjalan, merupakan serangan yang serius dan tidak wajar terhadap maruah, kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman.

“Walaupun peguam berhak mencabar keputusan kehakiman melalui saluran undang-undang yang sewajarnya, kenyataan awam yang mencemarkan imej mahkamah atau menggugat keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan,” kata kenyataan itu.

Tambah AGC, perkara sedemikian dipandang serius oleh Peguam Negara kerana melibatkan kepentingan perlembagaan dan institusi.

“Prosiding penghinaan mahkamah akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, memelihara integriti proses kehakiman dan melindungi mahkamah daripada tohmahan serta tekanan awam yang tidak wajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN