Pemuda dipenjara lapan bulan tumbuk bapa tiri 

Pemuda dipenjara lapan bulan tumbuk bapa tiri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tindakan biadab seorang lelaki menumbuk bapa tirinya membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perbuatan tersebut di sebuah rumah di sini pada 27 Januari lalu. Hukuman itu diputuskan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak selepas tertuduh, Ahmad Najmi Mohd., 26, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa yang berusia 59 tahun dengan menumbuknya di  kepala.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di daerah ini, pukul 1.30 petang pada 27 Januari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 29 Januari lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya