MELAKA: Seorang penunggang motosikal paling dikehendaki polis didenda RM5,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), tujuh tahun lalu. Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman membuat ketetapan itu selepas tertuduh, Khairul Izuan Kamaruddin, 31, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati bersalah menunggang motosikal dalam keadaan yang boleh membahayakan…










