Didakwa liwat kanak-kanak 10 tahun dalam semak

Didakwa liwat kanak-kanak 10 tahun dalam semak

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki dalam kawasan semak, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Aiman Shah Ghazali, 22, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tanpa persetujuannya.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 2 petang dan pukul 3 petang dalam kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Taman Kuala Ilir, Kuala Sungai Baru dalam daerah Alor Gajah pada 4 Mei 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana tidak berkemampuan, selain perlu menjaga neneknya yang menghidap angin ahmar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×