MELAKA: Tidak sampai dua bulan dibebaskan dari penjara, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita yang sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerja, minggu lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Syafiq Hanif, 27, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merompak sebuah telefon bimbit milik mangsa sehingga menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM200.…