KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah penyanyi, Siti Nordiana Alias terhadap lima rakan artis berkaitan siaran langsung dalam Instagram (IG), selesai secara baik selepas kedua-dua pihak saling bermaafan dan memilih tidak memanjangkan perbicaraan yang berlarutan selama dua tahun. Siti Nordiana, 39, dan lima sekawan itu sepakat menyelesaikan kes di Mahkamah Tinggi di sini semalam dan bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak. Lima sekawan selaku defendan ialah penyanyi Lan Solo…