Lokman Adam lepas, bebas tuduhan sebar berita palsu

Lokman Adam lepas, bebas tuduhan sebar berita palsu

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung kematian seorang anggota polis akibat vaksin, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hasniah Ab Razak memutuskan untuk tidak memanggil penjual satay itu untuk membela diri atas dua pertuduhan tersebut selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes itu.

“Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan dengan ini gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Mahkamah dengan ini memerintahkan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya olehnya. Wang jaminan dikembalikan,” kata hakim itu.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh manakala Lokman diwakili peguam bela, Logen Eskander.

Pada 1 Oktober 2021, Lokman dia didakwa dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar menggunakan perkhidmatan aplikasi FB menggunakan profil ‘Lokman Adam’.

Ia menerusi rakaman audio visual berhubung isu kematian seorang Pegawai Polis, Asisten Komisioner (ACP) Shahriman yang merupakan Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia di Pahang, telah meninggal dunia beberapa saat selepas suntikan kedua vaksin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 9 April 2021 serta dilihat pada 11 April tahun sama di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Bagi kesalahan berterusan boleh didenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya