Tauke dobi didakwa larikan mesin basuh

Tauke dobi didakwa larikan mesin basuh

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan harta. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah melarikan mesin basuh bernilai lebih RM3 juta, seorang pengusaha dobi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan harta.

Bagaimanapun, tertuduh, Terrence Conrad Fernandez, 43, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai individu diamanahkan dengan harta iaitu sejumlah mesin dobi milik Syarikat Prisma Linecare Sdn. Bhd. dianggarkan bernilai RM3,222,089.01 secara tidak jujur menggunakan harta tersebut.

Perbuatan itu dilakukan dengan cara melanggar kontrak iaitu tidak menghantar mesin-mesin berkenaan ke sebuah premis disewa syarikat terbabit di Pulau Pinang, sebaliknya meletakkannya di sebuah premis yang disewanya sendiri di Kuantan, Pahang.

Kesalahan itu dilakukan di Kilang Eurostar Tractorss (M) Sdn. Bhd. di Lot PT Jalan PK 8 Kawasan Perindustrian Krubong dalam daerah Melaka Tengah pada Januari 2019.

Tertuduh turut didakwa secara tidak jujur menggunakan wang RM24,000 milik syarikat sama dengan memasukkannya ke dalam akaun bank Hong Leong miliknya yang sepatutnya diamanahkan untuk pembayaran sewa premis di Pulau Pinang bagi meletakkan mesin dobi berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan ketika berada di Syarikat Prisma Linecare Sdn. Bhd. di Unit 1002 Level 10 Blok A Kelana Centrepoint, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Januari 2019.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asyraf Anuar Sharuddin tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun mencadangkan RM50,000 dikenakan sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara.

Pendakwaan turut memohon syarat tambahan yang mana pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali dalam sebulan di balai polis berhampiran sehingga perbicaraan selesai.

Peguam James S. Thanjong Tuan merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya mengusahakan kedai dobi dengan pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan dan merupakan penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM12,000 dan bersetuju dengan semua syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya