Penganggur didakwa bunuh warga emas

Penganggur didakwa bunuh warga emas

TERTUDUH, Sharifuddin Arshad yang berpakaian lokap didakwa membunuh seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shariefuddin Arshad, 57, yang hanya mengaku faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret B. Sri Pracha Nanthini.

Mengikut pertuduhan, dia dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian Fatimah Saleh, 79, di sebuah rumah beralamat No.113, Kampung Durian Burung di sini antara 9 pagi hingga 10.30 pagi pada 4 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dia boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 12 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes.

Pada 5 Oktober lalu, polis menerima laporan daripada waris mangsa yang mengesyaki kematian warga emas itu disebabkan perbuatan jenayah susulan kehilangan gelang emas, dua bentuk cincin dan telefon bimbit mangsa.

Sehari kemudian, kubur mangsa yang terdahulu ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya terpaksa digali semula.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap di Serdang, di sini setelah laporan Jabatan Kimia mengesahkan satu profil asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki dikesan di tempat kejadian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya