Papagomo diarah bela diri tuduhan cederakan Syed Saddiq

Papagomo diarah bela diri tuduhan cederakan Syed Saddiq

WAN Muhammad Azri Wan Deris hadir di Mahkamah Majistret Kajang bagi keputusan kes mendatangkan kecederaan ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG:  Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, membela diri atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Papagomo bagi pertuduhan tersebut.

Papagomo, 40, turut diarah membela diri terhadap pertuduhan pindaan menyebut perkataan kurang sopan dan menghina Syed Saddiq iaitu ‘kau bodoh’ yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.

Papagomo pada asalnya didakwa mengaibkan kehormatan Ahli Parlimen Muar itu dengan menyebut perkataan ‘kau bodoh’. Pertuduhan itu kemudian dipinda kepada pertuduhan baharu iaitu menyebut perkataan kurang sopan.

Mahkamah meminda pertuduhan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Papagomo kemudian mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan. Wan Muhammad Azri didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu ke atas Syed Saddiq di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian, di sini, pada jam 11.05 pagi, 16 Februari 2019.

Bagi kesalahan mencederakan Syed Saddiq, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan bekas penulis blog itu membela diri bagi kedua-dua pertuduhan selama empat hari iaitu pada 22 dan 23  Mei  serta 12 dan 13 Jun ini. Papagomo diwakli peguam Nik Saiful Adli Burhan dan Logen Eskander manakala Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim hadir bagi pihak pendakwaan.

Seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 4 November 2019. Syed Saddiq membuat laporan mendakwa dicekak dalam satu insiden sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada hari kejadian.

Papagomo turut membuat satu laporan polis terhadap Syed Saddiq atas dakwaan membuat laporan palsu terhadap dirinya. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dengan menyifatkan insiden kononnya beliau menyerang Syed Saddiq selepas penamaan calon itu sebagai perselisihan faham. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya