Ibu dan kekasih didakwa, bayi maut jatuh di kandang kambing

Ibu dan kekasih didakwa, bayi maut jatuh di kandang kambing

TERTUDUH wanita diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mendedahkan bayi lelaki berusia dua tahun kepada bahaya sehingga maut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah mendedahkan bayi lelaki berusia dua tahun kepada bahaya sehingga maut, seorang ibu tunggal dan kekasihnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, R. Vasanthi, 21, dan kekasihnya, L. Indran, 29, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak lelaki (kelahiran tidak didaftarkan) berusia dua tahun telah mendedahkan kanak-kanak itu kepada bahaya.

Disebabkan tindakan berkenaan, mangsa mengalami kecederaan fizikal pada bahagian dada, belakang badan dan kedua-dua belah kaki.

Tindakan itu dilakukan antara pukul 4 petang hingga 6 petang di Kampung India dalam daerah Jasin pada 11 November 2021.

TERTUDUH lelaki diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mendedahkan bayi lelaki berusia dua tahun kepada bahaya sehingga maut.

Difahamkan, tertuduh telah mendedahkan kanak-kanak itu kepada bahaya sehingga menyebabkannya terjatuh ke dalam kandang kambing di tempat kejadian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadap tertuduh wanita dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan RM20,000 dengan mengambil kira mangsa yang juga anak tertuduh meninggal dunia selepas seminggu dirawat di hospital.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan baru melahirkan anak pada 10 November lalu dan kini bergantung harap kepada pendapatan teman lelakinya sebagai pengembala kambing.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari 2023 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sementara tu, di hadapan Mohd. Sabri, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap tertuduh lelaki dengan mengambil kira kesalahan dilakukan mengakibatkan kematian anak kekasihnya itu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dan tarikh sebutan semula kes adalah pada 16 Januari 2023. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.