Kebebasan badan kehakiman, legislatif dijamin terus dipelihara - PM   - Utusan Malaysia

Kebebasan badan kehakiman, legislatif dijamin terus dipelihara – PM  

ISMAIL Sabri Yaakob merasmikan Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, sambil diiringi Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kebebasan badan kehakiman dan legislatif di negara ini akan terus dipelihara di bawah pentadbirannya.

Ismail Sabri  berkata, jaminan itu diberikan bagi mengelak konflik antara kedua-dua badan tertinggi yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia, selain eksekutif.

Katanya, ketiga-tiga institusi itu mempunyai peranan masing-masing dan perlu dihormati antara satu sama lain.

“Setiap dasar yang digubal oleh kerajaan berpaksikan roh dan semangat kebersamaan dengan mengambil kira kepentingan setiap agama, kaum dan seluruh Keluarga Malaysia. 

“Begitu juga undang-undang yang dilulus oleh Dewan Rakyat, ia dibahas dengan roh dan semangat yang sama oleh ahli-ahli Dewan, justeru, badan kehakiman perlu mengambil roh dan semangat yang sama ketika membuat interpretasi kepada undang-undang berkenaan.

“Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa kebebasan badan kehakiman dan legislatif akan terus dipelihara kerajaan hari ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan 50 tahun Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor di sini hari ini.

Mengulas lanjut itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini turut berusaha mentransformasi badan legislatif bagi memastikannya dapat berfungsi dengan sempurna.

Katanya, antara inisiatif itu termasuk akan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada 1993 bagi memperkasakan lagi peranan badan berkenaan.

Menurutnya, langkah itu selaras dengan usaha diambil oleh Parlimen lain di peringkat antarabangsa.

“Misalnya, kerajaan telah melakukan perubahan dalam Parlimen apabila kita menubuhkan 16 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berbanding hanya lima sahaja sebelum ini,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya