Tauke Raja Lawak tak mengaku miliki dadah

Tauke Raja Lawak mengaku tak bersalah miliki dadah

 ZAMATUL AMRI ZAKARIA atau TAUKE RAJA LAWAK 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Tauke Raja Lawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah, awal April lalu.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria didakwa bersama-sama empat lagi individu Muhammad Azman Johar, Salimah Nasuha Gusti Hassan, Brandon Cheong Kai Szern dan Lee Kim Yoon atas tuduhan memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.33 gram kira-kira pukul 2.40 pagi, 10 April lalu di sebuah premis di Brickfields, di sini.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Sesyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Pendakwaan mencadangkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM4,000 setiap seorang namun Tauke memohon agar jumlah tersebut dikurangkan atas alasan pendapatannya terjejas dan dia juga menanggung seorang anak.

Majistret Aina Azahra Arifin kemudian menetapkan wang jamin sebanyak RM3,700 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Jun ini. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya