Mohd. Aleef gagal bantah petisyen Sg. Udang - Utusan Malaysia

Mohd. Aleef gagal bantah petisyen Sg. Udang

MOHAMAD ALI Mohamad (tali leher merah) bersama barisan peguamnya bercakap kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak bantahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof terhadap petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

Hakim Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu dengan mengambil kira kepentingan awam. 

Dalam bantahan itu, Mohd. Aleef dinamakan sebagai responden pertama; Pegawai Daerah Melaka Tengah merangkap Pegawai Pengurus, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

Mohd. Aleef bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding tersebut dan diwakili peguam Mosli Dahalan, manakala Mohamad Ali diwakili Datuk Mohd. Hafarizam Harun. 

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh bagi perbicaraan bermula 24 Mac hingga 31 April depan. 

Mohd. Hafarizam ketika ditemui selepas prosiding memberitahu, pihaknya akan menyediakan 30 saksi termasuk yang disapina bagi membuktikan pendakwaan dikemukakan dalam petisyen. 

“Hari ini mahkamah telah menolak bantahan responden (Mohd. Aleef) terhadap petisyen dikemukakan Mohamad Ali. 

“Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka dan terdapat 30 saksi sama ada dari pihak kami dan saksi yang akan disapina,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undian memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dengan majoriti 530 undian, di mana Mohamad Ali memperoleh 6,259 undian; calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby (2,035 undian) dan calon Bebas, Mohd. Zahar Hashim (471 undian).

Mohamad Ali memfailkan petisyen pilihan raya pada 14 Disember lalu bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Mohd. Aleef.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya