Penganggur dituduh bunuh bekas sami - Utusan Malaysia

Penganggur dituduh bunuh bekas sami

R. GUNASELVAM dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kampar hari ini selepas didakwa membunuh bekas sami dalam kejadian bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan bekas sami pada pertengahan bulan lalu.

Tertuduh, R. Gunaselvam, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh. 

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Gunaselvam didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bekas sami, K. Chalappan, 54, di sebuah rumah di Jalan Kampung Batu Puteh di sini antara pukul 7 malam hingga 11.30 malam 20 Ogos lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. 

Nur Faizah kemudian menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 20 Ogos lalu, mangsa mengalami kecederaan parah dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan tertuduh.

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada 1 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya