Pekebun didakwa bunuh teman wanita - Utusan Malaysia

Pekebun didakwa bunuh teman wanita

LO Kui Khiong diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia pada 7 September lalu. FOTO: DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekebun berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita pada awal bulan ini. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lo Kui Khiong, 54, yang hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Teoh Shu Yee. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang wanita warganegara Indonesia. 

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12 tengah malam sehingga 9 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kebun Durian, Mukim Tanjung Minyak, Taman Bertam Impian pada 7 September lalu. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, si mati yang berusia 40 tahun merupakan teman wanita kepada tertuduh dan kejadian berpunca daripada perselisahan faham ekoran cemburu. 

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen. 

Shu Yee kemudian menetapkan tarikh 24 November depan bagi sebutan semula kes.

Pada 10 November lalu, akhbar ini melaporkan tertuduh ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian bunuh tersebut daripada anak lelakinya sendiri.

Anak suspek hadir ke Balai Polis Tanjung Minyak dan membuat laporan bapanya telah membunuh seorang wanita warga asing di dalam sebuah kebun durian di Taman Bertam Impian, di sini.

Susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah ke lokasi dan menahan suspek sebelum menemukan satu mayat wanita dalam keadaan tidak sempurna yang dibungkus di dalam plastik. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya