Pecah amanah RM1.5 juta, bekas eksekutif pemasaran direman - Utusan Malaysia

Pecah amanah RM1.5 juta, bekas eksekutif pemasaran direman

SUSPEK (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin oleh polis bagi mendapatkan perintah reman ke atasnya untuk membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan nilai lebih RM1.5 juta. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bekas eksekutif pemasaran sebuah syarikat swasta di daerah ini direman dua hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah lebih RM1.5 juta.

Permohonan reman itu dikemukakan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Awang Hamad Abdullah kepada Majistret, Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Tampin.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis pada pukul 6.30 petang semalam ketika hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin bagi membantu siasatan.

Ia susulan laporan polis yang dibuat pihak syarikat yang mendakwa berlaku salah laku pecah amanah, penipuan, pemalsuan dokumen dan penyelewengan oleh wanita berkenaan yang didapati memalsukan dokumen Purchase Order (PO) milik 12 syarikat lain yang mempunyai akaun pembelian kredit.

Suspek disyaki membuat pengeluaran batuan dan premix dan menjual kepada pihak ketiga. Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya