Kerjasama erat komuniti dan polis pastikan keselamatan terus terpelihara - Utusan Malaysia

Kerjasama erat komuniti dan polis pastikan keselamatan terus terpelihara

KAMARUL Azman Khamis (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan papan karom kepada Balai Polis Kampung Tanjung.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Komuniti dan polis terus bekerjasama erat dalam memastikan kestabilan dan keselamatan masyarakat di kampung-kampung terus terpelihara.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, hubungan yang baik itu juga dalam mengeratkan ukhwah komuniti dengan pasukan keselamatan berkenaan.

Katanya, masyarakat dan polis juga berpisah tiada di mana masing-masing saling memerlukan.

“Disamping itu, ia juga dapat mendekatkan belia dengan komuniti dan polis khususnya memantau pergerakan dan kawalan masyarakat setempat.

“Hal ini juga dapat mengurangkan kegusaran anak-anak muda dan belia bahawa polis
bukan semata mata menjalankan tangkapan dan operasi semata-mata sebaliknya cakna dan prihatin bersama belia dan masyarakat.

“Dalam erti kata lain, polis sentiasa membantu ke arah kebajikan. Ini yang kita tonjolkan bahawa polis dan masyarakat sentiasa seiring dalam bersama-sama membantu menjaga keselamatan kampung,” katanya selepas menyerahkan papan karom kepada Balai Polis Kampung Tanjung, Pedu.

Turut bersama, Pengerusi Komuniti Polising Pedu, Jefri Mustapa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN