Peserta We Run Kayang berlari sambil nikmati keindahan sawah menghijau - Utusan Malaysia

Peserta We Run Kayang berlari sambil nikmati keindahan sawah menghijau

SAIFUL Fariddil Jasmi (tengah) turut bersama menyertai acara larian We Run Kayang di Kayang Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Para peserta We Run Kayang teruja berlari sambil menikmati keindahan kampung serta sawah padi menghijau di kawasan Kayang di sini hari ini.

Larian anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama YAY Legacy itu menarik penyertaan kira-kira 300 peserta dalam kalangan pelbagai peringkat umur.

Program berkenaan membabitkan acara Fun Run 6.5 kilometer (km) dan Fun Walk 3.5 km di sekitar kawasan Kayang di sini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Saiful Fariddil Jasmi berkata, acara larian yang julung kali diadakan itu berlangsung cukup meriah dan mendapat sambutan hebat.

Katanya, acara We Run inisiatif Pemuda UMNO Kangar itu akan diteruskan lagi di kawasan Kangar membabitkan Bintong, Kuala Perlis, Indera Kayangan dan Sena selepas ini.

“Program larian seperti ini juga memberi ruang kepada kita dalam mendekati masyarakat pelbagai lapisan masyarakat dan umur,” katanya yang turut bersama peserta mengikuti larian itu.

Tambah Saiful Fariddil, pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan antaranya seperti jam pintar, barangan kemas, barangan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik lain.

Katanya, para pemenang bagi acara 6.5 km bagi kategori lelaki dan wanita pula masing-masing menerima wang tunai RM200 di tempat pertama, kedua RM150, ketiga (RM100) dan keempat serta kelima masing-masing menerima RM50.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN