KANGAR: Pertandingan karom ala kampung melibatkan Kampung Lubok Merbau Pedu, Bukit Buloh dan Keda Bukit Kura berlangsung meriah dengan penglibatan golongan belia dan veteran.
Aktiviti tersebut juga bersempena sambutan Hari Malaysia.
Ia dianjurkan Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga, RM150 serta keempat menerima hadiah wang tunai RM80 dan kelima, RM50 selain hadiah saguhati berupa sumbangan hamper kepada semua peserta.
“Pertandingan sebulan sekali itu juga bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silatulrahim selain mendekati masyarakat setempat.
“Sukan menyatukan jiwa dan semangat dan program itu berlangsung dengan semangat kesukanan,” katanya.-UTUSAN








