Perlawanan persahabatan warga Farmasi,  komuniti Kampung Rawai meriah

Perlawanan persahabatan warga Farmasi,  komuniti Kampung Rawai meriah

PEMAIN bola sepak yang mewakili Kampung Rawai dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi bergambar kenangan sebelum perlawanan persahabatan di Padang Kampung Rawai, Marang, Terengganu, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERLAWANAN persahabatan bola sepak, bola jaring dan sukaneka antara warga Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu serta komuniti Kampung Rawai berlangsung meriah dan penuh muhibah di padang kampung itu di Marang, Terengganu, Sabtu lalu.

Penganjurannya adalah bersempena perasmian Kampung Angkat Skuad Cakna Ubat: Kampung Ku Celik Ubat Daerah Marang 2025.


ORANG ramai dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim menerusi penyertaan dalam perlawanan persahabatan antara warga Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu serta komuniti Kampung Rawai.

Perlawanan persahabatan dan sukaneka ini antara lain bertujuan memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemai budaya hidup sihat melalui aktiviti sukan serta riadah secara santai.

Semua peserta yang terlibat memberi sokongan serta kerjasama erat selain diharapkan program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN