Sukaneka kanak-kanak Pasti Tenggara meriah - Utusan Malaysia

Sukaneka kanak-kanak Pasti Tenggara meriah

GELAGAT kanak-kanak Pusat Asuhan Tunas Islam Pasti yang menyertai Sukaneka 2023 Pasti Tenggara yang berlangsung di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kota Tinggi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 100 murid dari lima buah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Tenggara menyertai Sukaneka 2023 di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, baru-baru ini.

Lima taman asuhan yang terlibat ialah Pasti Felda Pasir Raja, Penggeli Timur, Felda Bukit Besar, Taman Anggerik dan Taman Sri Saujana.

Sukaneka tersebut turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 negara.

Acara lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa bagi memberi sokongan kepada anak masing-masing.

Pelbagai jenis sukan dipertandingkan bagi membolehkan kanak-kanak berkenaan bersukan di samping menggalakkan mereka saling bekerjasama bersama pasukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya