PWP rakam momen suasana raya - Utusan Malaysia

PWP rakam momen suasana raya

AHLI PWP merakamkan gambar sempena Aidilfitri baru-baru ini di Iphoto Studio, Jalan Kampung Pondok, Kangar, Perlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berdepan kesibukan tugas tidak menghalang Persatuan Wartawan Perlis (PWP) mengambil inisiatif mengumpulkan ahli-ahlinya bagi merakamkan gambar bersama sewaktu sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Seperti kelaziman pada setiap tahun, PWP merakam gambar suasana perayaan bersama ahli-ahli mereka di beberapa lokasi menarik sekitar negeri ini.

Namun begitu kali ini pihak persatuan memilih untuk merakamkan gambar kenangan di Iphoto Studio di Jalan Kampung Pondok yang diusahakan oleh anak muda tempatan.

“PWP memahami setiap ahli sibuk dengan tugas masing-masing namun kita cuba mencuri sedikit masa mereka bagi merakamkan momen ini agar dapat dijadikan kenangan di samping merapatkan hubungan antara satu sama lain,” kata Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya