SERAMAI 40 anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman diraikan pada majlis iftar di Hotel Permai Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.
Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman berkata, majlis berbuka puasa tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan hotel tersebut.
Menurutnya, program itu bertujuan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik di samping menyemarakkan rasa gembira di dalam suasana menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
“Lebih istimewa, anak-anak yatim berusia sembilan hingga 18 tahun itu turut diberikan peluang bermalam di hotel bertaraf tiga bintang tersebut dan diberikan duit raya untuk menceriakan suasana Ramadan mereka,” jelasnya. – UTUSAN